

SMKA Slim River,27.2.10-Acara penyembelihan yang berlangsung turut disaksikan oleh para pelajar. Turut berlangsung ialah acara bagi kanak-kanak yang diadakan di bawah blok pusat sumber.
pusat sumber sekolah telah menekankan penggunaan kad pusat sumber,
sehubungan dengan itu,para pelajar diwajibkan membawa kad PS ketika berkunjung ke Pusat Sumber.
waktu operasi:
rehat:9.50-10.10(men. rendah)
10.25-10.45(men. atas)
prep:3.15-4.30(isnin-khamis)
8.00-12.15(sabtu)
oleh itu,para pelajar dialu-alukan hadir…
jom ramai2 kte membace…



Pada 12 hingga 13 November, pemilihan tokoh NILAM peringkat Batang Padang telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan PPD, Tapah. Sekolah kita telah menghantar 3 wakil iaitu Amir Asyraf dari 4 R, Kamal dan Nurul Hazimah dari 4 B. Syabas dan tahniah di atas penglibatan mereka.


2 November 2009-Penyampaian hadiah dan sijil bagi Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengetua SMKA SR Ust Wan Abd Karim Wan Mohamed.


26 Oktober 2009-Majlis pelancaran kem membaca 1 Malaysia peringkat sekolah telah dilancarkan dengan jayanya oleh wakil pengetua, Tn Hj Zulkifli Md Said. Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian koir oleh Rakan Media Tingkatan 1 dan 2 SMKA SR.
Pada 27 Oktober pula PSS SMKA SR telah menjayakan pertandingan menulis cerpen sempena kem tersebut. Seramai 43 peserta telah mengambil bahagian.




Persatuan Sejarah dan Geografi SMKA SR telah mengadakan lawatan ke Kuala Gandah, Pahang pada bulan April 2009 yang lepas. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Guru Penasihat kelab tersebut, Cikgu Muhammad Che Majid serta dibantu oleh beberapa guru SMKA SR.
Antara aktiviti lawatan ialah pertunjukan gajah dan melawat ke perkampungan orang asli. Diharap lawatan ini akan diteruskan agar dapat memupuk pelajar mencintai negara kita.
Pada 26 Oktober 2009 sehingga 5 November 2009 akan berlangsungnya Kem Membaca 1 Malaysia peringkat Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, Pusat Sumber Sekolah SMKA SR akan melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah yang akan dirasmikan oleh Tn Pengetua Ust Wan Abdul Karim Wan Mohamed. Kem tersebut akan bermula pada 26 Oktober 2009 dan diakhiri pada 29 Oktober 2009.
Tags: mocha
Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bhd
Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca
Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita
Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas
Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat
Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan
Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind
Let’s make reading, a lifestyle of Wawasan
Tags: mocha
Pada 20 dan 22 Oktober 2009, satu set sofa dan 45 kerusi tanpa lengan tiba. Terima kasih kepada yang membantu.
1 okt 2009. Khamis- Tepat jam 10 pagi barang2 baru untuk pusat sumber tiba. Antaranya ialah OHP, skrin putih dan troli. Kemudian di sebelah petangnya RAKAN MEDIA mengadakan pembersihan dan pengemaskinian di blok bangunan baru.
