UMAT Islam menyambut Syawal sebagai hari kemenangan dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerana dapat menyelesaikan puasa selama sebulan dan merayakan Aidilfitri. Dalam bahasa Arab, Syawal bermaksud *peningkatan*. Ini bermakna frekuensi ibadat umat Islam yang melaksanakan puasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah akan meningkat dari segi kualiti amal sesudah Ramadan. Ini wajar kerana dengan latihan sebulan pada Ramadan dapat dijadikan pelajaran yang bermanfaat. Umat Islam yang berjaya dengan baik menghadapi puasa akan lahir sebagai *pemenang* Aidilfitri kerana hari mulia ini adalah milik mereka yang berpuasa. Justeru, dalam usaha meningkatkan amalan yang berterusan selepas Ramadan, kita sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi Cuma enam hari, yang dikenali dengan puasa enam.
Tags: Umum // 11 Comments »